Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Little Princess

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Annur Humaira

Lilypie Angel and Memorial tickers

Arwah Akak

Lilypie Angel and Memorial tickers

**Click Here**

Tuesday, November 10, 2015

..:: Part 1 - Tenanglah Wahai Puteriku DI Syurga Annur Humaira Bt Mohd Rafauzi ::......

Part 1....

Alhamdulillah....Hari ini Allah kurniakan kekuatan dan ketenangan untuk aku abadikan kisah puteri syurga ku .....entry ini panjang ye....

ANNUR HUMAIRA BT MOHD RAFAUZI

IUFD : 2 NOVEMBER 2015 (8.15 AM/ Isnin ) ( NO HEARTBEAT DETECTED ) at Umra Hospital....

D.O.B = 5 NOVEMBER 2015 (1.30AM / Khamis ) at PPUM Pusat Perubatan Universiti Malaya

WEIGHT : 485 gm ( 25 weeks )

TEMPAT BERSEMADI : TANAH PERKUBURAN SEKSYEN 21,SHAH ALAM

Genap arini 5 hari puteri syurgaku dilahirkan dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Sek 21...

29 October 2015

 Tak tahu bagaimana aku nak mulakan cerita, malam ni rasa baby kurang movement compared to hari2 biasa....baby Humaira tak aktif macam hari-hari lain....slalu lepas manghrib sampai ke tengah malam baby aku akan mula tendangan padu dia....break dance dan lain-lain especially bila aku perdengarkan ayat-ayat suci Al Quran pada dia....Tapi kali ini pergerakan dia lemah dan perkara tu sgt2 membimbangkan aku ngan suami....macam2 benda aku buat untuk bagi baby aku aktif mcm biasa....minum air sejuk...makan buah...smpai tertidur...esok pagi tu baby start aktif semula...legaaaaa sgt hati aku...br la hidup aku tenteram....anak oh anak kamu benar2 merenggut jiwa ummi....


1 November 2015

Baby aku aktif macam biasa....smpaikan malam tu aku berbual2 dgn baby aku smbil bacakan surah Al Fatihah...siap aku main2 dengan dia...smbil dia menari2 dalam perut sebab happy agaknya ayah dia nak bawak kami pergi makan char koe tiaw udang galah...malam tu malam akhir aku bermain dengan baby aku...mase tu perasaan aku bercampur baur....gembira dan masa yang sama aku nervous...disebabkan keesokkan hari adalah rutin check up aku di Umra Hospital untuk minum air gula, dan itu merupakan kali pertama aku untuk minum air gula....perasaan nervous tu seolah2 petanda kerana malam tu aku gembira bercampur dgn takut untuk menghadapi hari esok...start 10.30 malam aku berpuasa dari sebarang makanan..cuma air kosong je....malam tu aku langsung tak dpt melelapkan mata, baby aku pulak aktif maybe sbb kelaparan...malam tu aku cuma main2 dgn baby aku sementara menunggu hari siang...aku sempat bertahajud dan membaca beberapa helai AL Quran....perasaan aku lain...ntah kenapa aku merasakan sesuatu dan malam itu aku cuma merenung wajah suami dengan penuh rasa cinta dan syg....gurauan ku supaya suami menjaga bayi kami andai ditakdirkan aku menghadap Ilahi waktu melahirkan puteri kami selalu bermain di minda....seusai mandi dan solat subuh..aku menunggu bersiap2 untuk ke hospital...waktu itu aku merasakan pergerakan lemah di dalam perut ku...sangkaku baby ku sedang nyenyak tidur...

2 November 2015 ( 8.00 am ) 

Nervous aku makin memuncak pagi2 bila sampai di Umra Hospital...ini merupakan rutin bulanan check up kehamilanku...tapi perasaan aku bercampur baur...gembira kerana hari ini aku bakal mengetahui jantina babyku....takut kerana aku bayangkan air gula yang sangat tak sedap ditambah dengan kelaparan...selesai minum air gula aku agak lega kerana air gula di Umra agak sedap berperisa blackcurrant...kemudian menanti nombor aku dipanggil untuk scan check up...bacaan darah aku sebelum minum air gula agak tinggi iaitu 5.6....mase aku n suami masuk ke bilik doktor mula2 doktor dah membebel sebab bacaan gula aku agak tinggi dan aku di scan untuk ketahui jantina anak aku....tapi....Allah lebih sygkan baby aku.......bila je Doktor start scan perut aku, muka doktor tu dah start macam berkerut...gelabah....dan dia mula2 mengggoncangkan perut aku....saat tu hati aku dah gelisah...aku mula bertanya kenapa baby aku tak bergerak di screen....kemudian dengan berat hati doktor mengatakan dia tak dapat mencari denyutan jantung baby aku
 dan mula memanggil seorang doktor pakar...kemudian dengan penuh debaran aku memandang suamiku sayu...dan suamiku mula memelukku dan mententeramkan aku...saat tu aku cuma mengharapkan yang doktor trsebut tersilap...kemudian seorang doktor pakar masuk dan mula scan perut ku semula..wajahnya mula berkerut dan meminta kami suami isteri bersabar.....

ibarat bumi runtuh padaku bila doktor mengatakan bahawa bayi kami telah  pun meninggal dunia dan meminta kami menunggu sehingga bacaan air gula yang kedua siap dalam 2 jam lagi...tiada lagi air mata yang gugur cuma terkedu dan terperanjat, aku mula menggenggam tangan suami dan suami mula memeluk tubuh aku yang semakin longlai....dengan keadaan yang kelaparan...serta merta selera ku mati...dan aku hanya memeluk perut ku sendiri dan membelai2 baby ku dengan harapan dia cuma pengsan selepas minum air gula....kemudian nurse membawa aku dan suami di sebuah bilik wad untuk berehat sementara menunggu keputusan MGTT air gula selepas dua jam....bilik wad yang sgt cantik seperti bilik hotel....bilik itu terdapat sebuah katil lengkap dengan tv, bilik air dan beberapa buah kerusi panjang..tapi tetap tidak dpt menenangkan jiwa kami suami isteri yang sedang dilanda ribut taufan...

Suami mula memeluk ku dan akhirnya tumpah juga air mata kami berdua...punah segala kegembiraan dan harapan kami saat itu...sebagai ibu hati kecilku mula menerima kenyataan bahawa bayi ku sudah tiada...suami masih lagi mengusap2 perut ku dan memujuk baby kami untuk bangun dan menendang...tapi segalanya hanya harapan...baby ku masih berdiam diri dan menguatkan lagi perasaan keibuaanku bahawa anakku yang aku kandungkan selama 25 minggu telah pun menghadap Ilahi....

2 jam selepas itu.... 
Sample darahku diambil lagi dan resultnya adalah 7.9...kemudian kami suami isteri turun berjumpa dengan doktor...keputusannya baby ku tidak mungkin meninggal kerana GDM...menurut doktor keputusan gula dalam darahku tidak lah tinggi walaupun sudah borderline dan itu bukanlah faktor yang menyumbang kepada kematian babyku....doktor menyuruh aku balik ke rumah dan berehat dahulu sebelum meneruskan proses seterusnya... 

Aku hanya mampu menangis...menangis dan menangisi kehilangan anakku...hilang seluruh kegembiraan kami suami isteri....sayu merenung wajah suamiku yang tak putus2 memujukku supaya redha....Ya aku belajar utk redha dan mengikhlaskan segala yang telah ditakdirkan....Allah izinkan aku merasa zuriatku sendiri di dalam rahimku..merasa dan bersatu dengan puteriku selama 25 minggu...doaku supaya anakku menjadi manusia soleh atau solehah yang akan membimbing kami suami isteri ke syurga dimakbulkan Allah....Puteri ku kini sedang menanti kami di syurga....Allah....hanya Kau yang mengerti setiap hela nafasku kini tertulis nama Annur Humaira...zuriat pertamaku bersama suami ku yang paling aku cintai......

Hanya yang mengenaliku tahu betapa aku mendambakan zuriatku ini...lama aku berusaha untuk mengandungkan puteriku ini....

Kisah seterusnya akan aku coretkan di entry akan datang bagaimana aku melahirkan puteriku secara induce (normal delivery).....













































try

click tau